Sunday, 31 January 2016

RUMUSAN DAN RUJUKAN


           Pembangunan Negara bertujuan untuk mencapai kesejahteraan rakyat supaya semua rakyat tanpa mengira kaum dapat menikmati kehidupan yang sempurna.Dengan demikian, dasar-dasar pembangunan dibentuk untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu.Usaha-usaha pembangunan ekonomi adalah bertujuan untuk mengurangkan lagi jurang perbezaan antara kaum, wilayah dan negeri agar integrasi nasional dapat dicapai.


CADANGAN

· Belia perlu melibatkan diri dalam Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan
· Membangunkan tanah kerajaan di lokasi yang strategik dengan sektor swasta dan GLC untuk meningkatkan hasil kerajaan.
·Dana tambahan sebanyak RM200 juta disediakan bagi skim mikrokredit di bawah seliaan Bank Negara Malaysia.
· Masa perniagaan pasarraya besar dan pusat beli-belah dilanjutkan.
·                     Tempoh bayaran balik pinjaman perumahan kerajaan sedia ada melanjutkan daripada 25 tahun ke 30 tahun.

RUJUKAN
1. Buku Pengajian Malaysia Edisi Kelima Oxford Fajar (Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin)
2. Negara Kita Edisi Kedua (Intan)
3. Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi (Mohd.Rosli Mohamad & Mohamed Aslam Gulam Hassan) Terbitan Universiti Malaya, cetakan kedua, 2003
4.Dasar-dasar Pembangunan Malaysia Institut Tabiran Awam Negara (Intan) Malaysia 1994, cetakan ketiga 1997
5.Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) Terbitan Unit Perancang dan Pembangunan Negeri (UPPN), cetakan pertama 2001
6.Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri 2006
7. Internet ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia)

Sunday, 17 January 2016

RANCANGAN MALAYSIA

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA

Pada tahun 1966, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama. Rancangan ini merupakan rancangan yang pertama setelah pembentukan Malaysia. Rancangan ini memberikan tumpuan kepada integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia, ia juga memberi penekanan terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi. Untuk pelaksanaan rancangan ini kerajaan telah menumbulkan pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputra pada tahun 1966, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 1967 dan yang terakhir Lembaga Penasihat Tarif dan Perbandaran Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969. Faktor utama penubuhan MARA adalah untuk mempermudahkan pedagang dan pengusaha  bumiputra mendapatkan bantuan kewangan dengan lebih mudah selain daripada bank.

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA

Rancangan Malaysia yang kedua telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1971 sehingga tahun 1975. Faktor rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969.  Bagi mengatasi masalah ini,kerajaan juga telah menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam perkhidmatan awam memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu dengan menutut kepada Perkara 153 yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Rancangan ini dibuat dengan perkenalkan DEB( Dasar Ekonomi Baru) dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi bagi mengelakkan peristiwa darah antara kaum berlaku lagi.RKM2 ini berfungsi untuk meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran utama menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu. Satu lagi kejayaan rancangan ini ialah kerajaan telah menumbuhkan Petroleum National Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974. Kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (Gross Domestic Product) telah meningkat sebanyak 7.4% setahun, iaitu lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 6.8% setahun. Selain itu juga dapat pertumbuhan dalam beberapa sektor utama seperti pertanian sebanyak 25%, sektor pembuatan sebanyak 19.3%, sektor perdagangan sebanyak 14.4% dan sektor lain-lain sebanyak 10.15%.

RANCANGAN MALAYIA KETIGA 

Pada tahun 1976 Rancangan Malaysia 3 telah diperkenalkan. Rancagan ini merupakan peringkat kedua perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Maklamat untuk rancangan ini adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baharu di sekitar Malaysia. Objektif rancangan ini memberikan penekanan yang banyak kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara. Dengan melaksanakan rancangan ini kerajaan telah menumbuhkan 28 buah bandar baru di bawah rancangan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), DARA pada tahun 1980. Selain itu, tanaman getah dan kelapa sawit telah dipertingkatkan oleh kerajaan Malauysia dengan tujuan ekspot untuk menambahkan pendapatan negara. Justeru, badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan National Berhad (PERNAS),Urban Development Authority of Malaysia (UDA) dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan negara. RMK3 ini telah berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi negara kepada 8.6%setahun.  Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%. Kadar kemiskinan di negara telah menurun kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970 sebelum ini.

RANCANGAN MALAYSIA KE-EMPAT

 Rancangan ini telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia semasa negara mengalami masalah kemelesatan ekonomi akibat kejatuhan harga bijih timah dan getah dunia iaitu pada tahun 1981. Tumpuanya diberikan  kepada sektor pertanian di luar bandar dan mempelbagai, mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam sesebuah negeri. Selain itu, sektor baharu telah diperkenalakan, iaitu sektor perusahan berat yang berasaskan pelabuhan modal. Matlamat lain rancangan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengeluaran rakyat dalam semua sektor dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian. RMK4 telah dilaksanakan dengan penubuhan Perbadanan Industri Berat Malayisia.Justeru, kawasan perdagangan bebas telah dibuka seperti Bayan Lepas di Penang.   Selain itu, Perbandaran Industrial Berat Malaysia (HICOM) telah ditubuhkan mengurus industri berat seperti Kedah Cement Sdn Bhd dan kilang besi PERWAJA di Kemaman, Terengganu.  Dengan perlaksanaan dasar ini, Kita boleh nampak GDP negara telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita telah meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada RM3171 juta pada tahun 1980 kepada RM4609 juta pada tahun 1985. Selain itu, kereta nasional pertama “Proton Saga” dikeluarkan.

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Pada sesi ini kerajaan menetapkan beberapa matlamat utama iaitu mencapai perpaduan negara, mencapai objektif DEB, meningkatkan sektor swasta, mempergiat pelaburan asing (FDI) dan galakkan pertumbuhan ekonomi luar Bandar. Sejajar dengan itu, kerajaan telah menekan bidang R&D bagi mengatasi masalah kekurangan guna tenaga dan meningkatkan produktiviti.Rancangan ini juga bermaklamat untuk menggalakkab sektor pertanian dan luar bandar. Usaha pembangunan sumber manusia dijalankan melalui aspek latihan, kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan. Sehubungan dengan itu, Perbadanan Perlancongan Malaysia di tubuhkan dan turut diperkenalkan tahun melawat Malaysia pada tahun 1990.

RANCANGAN MALAYSIA KE-ENAM

RMK ke 6 merupakan sambungan daripada RMK 5 dengan matlamat yang menjadi fokus adalah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara malah pada sesi ini, pengurusan dititik beratkan agar berjaya mengurus  kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai. Kerajaan menggalakkan pelibatan sektor swasta dengan menyegerakan program penswastaan untuk elak perbelanjaan produktif. Dasar liberalisasi dikekalkan bagi meningkatkan pelaburan asing (FDI). Kerajaan turut mengambil inisiatif dengan mengubah struktur industri sedia ada kepada yang teknologi yang lebih canggih dengan harapan keluaran tempatan lebih bermutu. Kerajaan juga telah mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan di Malaysia.

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH

Pertubuhan ekonomi seimbang masih lagi menjadi fokus. Namun, masyarakat luar Bandar tidak dipinggirkan. Mereka diberi keutamaan dan mendapat agihan pendapatan. Malah, kerajaan turut melihat kepada peningkatan guna tenaga, pendidikan dan latihan yang berterusan. Pembangunan seperti perumahan, kesihatan, khidmat sosial dan infrastruktur ditekankan dan penswastaan dipergiat. Kerajaan melaksanakan beberapa projek mega untuk menjana pendapatan seperti KLIA, MEASAT dan perkukuhan hunbungan diplomatik dengan negara jiran iaitu program hubungan Kedua Malaysia-Singapura. Dibawah pembangunan kemasyarakatan, kerajaan telah menyediakan kemudahan bagi golongan miskin dan menjalan projek petempatan semula setingga, PPRT dan banyak lagi. Bagi memenuhi hasrat untuk petingkatkan pendidikan, kerajaan telah menambah peluang pendidikan dengan membina university/ IPT yang baru. Dengan rancangan ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDKK) telah meningkat sebanyak 4.7%setahun, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 3.0%. Kadar penggangguran pula telahkekal pada paras yang rendah iaitu 3.0%, manakala Indek Harga Pengguna turun kepada 1.6% pada tahun 2000.


RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN

Objektif RMK pada kali ini adalah memperkukuh kebolehan negara bagi menghadapi masa depan dan memberi penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi. Kerajaan mensasarkan peningkatan aktiviti R&D terutama pada teknologi maklumat dan komunikasi. Dasar penswastaan kian diperkukuh. Kerajaan turut menggalakkan FDI dalam sektor teknologi tinggi. Usaha pembangunan sosioekonomi dilihat Rakan Muda. Kerajaan juga telah menggalakkan pelaburan asing (FDI) terutamanya dalam sektor teknologi tinggi.

RANCANGAN MALAYSIA KE SEMBILAN


Tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.Ini kerana kerajaan ingin memastikan pengagihan ekonomi yang saksama agar usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar bandar dapat dipertingkat. Melalui agihan yang saksama, ia juga membantu meningkatkan ekuiti bumiputera seterusnya pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB). Malah kerajaan turut menggalakkan pernyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Kerajaan juga telah merancakkan program penswastaan dalam Rancangan peringkat ini.

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH

RMK 10 tidak lagi memfokuskan kepada kegiatan pertumbuhan ekonomi sebaliknya memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa disamping mentransformasi negara berpendapatan tinggi yang berasaskan produktiviti dan inovasi. Oleh itu kepelbagaian etnik dapat dapat dimanfaatkan dengan  memberi peluang sama rata,perkongsian kepintaran turut juga menyemai perasaan menghargai khazanah negara. Dengan wujudnya persekitaran seumpama ini, ia dapat menjayakan pertumbuhan ekonomi secara tidak langsung malah menuju kearah pembangunan sosioekonomi secara inklusif dengan mengekalkan modal insan bertaraf dunia seterusnya mewujudkan persekitaran ke arah peningkatan kualiti hidup. Oleh yang demikian, kita dapat mentransformasi kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia.

RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS



Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020, merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang tahun 2020. Susulan daripada pencapaian pembangunan yang cemerlang dalam tempoh separuh dekad yang lalu, RMKe-11 mengukuhkan lagi komitmen Kerajaan untuk mencapai pertumbuhan bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. RMKe-11 berteraskan prinsip “Bangsa Malaysia” yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat.

RANCANGAN MALAYA

RANCANGAN MALAYA PERTAMA

Pemimpin negara kita telah banyak buat perancangan demi memajukan ekonomi negara. Rancangan pertama yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah Rancangan Malaya Pertama iaitu semasa tahun 1956 sehingga tahun 1960. Objektif rancangan ini dikeluarkan adalah untuk memajukan sektor luar bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara. Maklamat kedua adalah untuk mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu seperti timah dan getah. Dengan laksanakan rancangan , kerajaan telah menumbuhkan pelbagai  agensi seperti Rural Industrial Development Authority (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) demi memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

RANCANGAN MALAYA KEDUA

Pada tahun 1961, kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Malaya Kedua. Matlamat rancangan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar,menggalak kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar bandar dan menyedia lebih banyak kemudahan sosial untuk kawasan luar bandar. Selain itu, rancangan ini juga bermaklamat untuk menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan kepada makanan import. Dengan bejayanya rancangan ini, kerajaan telah meran ang pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan asas yang lengkap. Justeru, kerajaan juga telah banyak membuka tanah dengan kegunaan pertanian dan penetapan semula dan juga menggiatkan pemasaran bagi hasil pertanian dan nelayan. Pihak kerajaan juga menambahkan kemampuan merancang oleh FELDA dengan menjalankan projek Johor Tenggara dan Projek Segitiga Jengka di Pahang. Hasilnya, kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar telah meningkat sebanyak 6.4% setahun.

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)

Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP)

          Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) meliputi tempoh 1971-90 kini telah tamat.Di bawah rangka ini, Kerajaan telah melaksanakan empat rancangan pembangunan bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-75) hingga Rancangan Malaysia Kelima (1986-90).Rancangan-rancangan pembangunan ini telah dilaksanakan di bawah rangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970, berikutan daripada peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969.Dasar ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama kearah mencapai matlamat perpaduan di kalangan kaum di Negara ini.

           Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang meliputi tempoh 1991-2000 telah digubal berasaskan kepada dasar yang dikenali sebagai Dasar Pembangunan Baru (DPB). DPB akan memperkukuhkan lagi pencapaian di sepanjang RRJP1 untuk mempercepatkan proses membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam usaha memperbaiki lagi ketidak¬seimbangan sosial dan ekonomi. Ia merupakan satu rangka dasar yang lebih luas bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi untuk tempoh sepuluh tahun akan datang dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat. Semasa menggubal DPB, Kerajaan telah menimbangkan pandangan dan cadangan berbagai pihak termasuk Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara mengenai dasar negara selepas 1990.

           Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang merupakan pembangunan dekad kedua Wawasan 2020 menumpukan kepada meningkatkan keutuhan dan daya saing negara.Dalam tempoh ini, usaha akan dilaksana untuk mempertingkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya semua rakyat dapat menikmati kemakmuran. Perpaduan Negara akan terus menjadi tonggak pembangunan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi kumpulan etnik, bahasa, budaya dan agama akan diambil kira dalam memupuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni, bertolak ansur dan dinamik. Dasar pembangunan sosioekonomi yang telah menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat akan terus diberikan keutamaan.



Rancangan Malaysia (RM)
           
     Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

           Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

MAKSUD PEMBANGUNAN NEGARA



Maksud Pembangunan

     Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan tradisi. Biasanya pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju . Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik , sosial, pendidikan ,psikologidansebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal ,kebendaan dan bukan kebendaan.

·       Pembangunan Negara Dirancang melalui dua rancangan utama , iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka , Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Rancangan Pembangunan Negara

Pemimpin negara kita telah melaksanakan pelbagai rancangan untuk memajukan ekonomi negara kita. Pada tahun 1960, GDP per capita (Gross Domestic Product Per Capita) negara kita cuma 299US dollar, maka pada tahun 2014, GDP per capita negara kita sudah mencapai 10829 US dollar. Ini membuktikan pendapatan rakyat telah bertambah dari semasa ke semasa yang dilaporkan oleh Bank Dunia (World Bank) Selain itu, kita boleh nampak jurang sosioekonomi antara desa dengan bandar menurun dan jurang sosioekonomi antara bumiputra dengan bukan bukan bumiputra telah menambah baik. Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangka Sederhana yang mengandungi     dokuman kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Negara.

PENGENALAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Pengenalan

Dasar Pembangunan Negara
           Sesuatu pembangunan memerlukan dasar.Dasar pembangunan merupakan asas atau tapak, panduan besar, falsafah (yang ada matlamat dihujungnya) dan peraturan mengenai cara mencapai matlamat dasar tersebut.

           Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi.Umumnya, pembangunan adalah merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju.Ia juga meliputi aspek-aspek kebendaan dan bukan kebendaan, sumber fizikal dan sumber manusia. Umumnya, pembangunan merupakan kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk mempastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas (makanan, pakaian, tempattinggal), pekerjaan, dan kesamarataan.



KEPENTINGAN DASAR PEMBANGUNAN 
           Malaysia tidak menggunakan kaedah barat dalam usaha menjadi Negara  industri.Malaysia mempunyai perancangan dan dasar-dasar pembangunan yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah dan keperluan rakyatnya.

           Memandangkan kepentingan dan keperluan pembangunan, kerajaan telah membentuk dasar-dasar pembangunan yang akan menjadi asas, pemandu, tapak, dan peraturan pembangunan. Dasar-dasar  pembangunan ini tercatat dalam dokumen rasmi kerajaan, khususnya dalam buku-buku Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara.



PERKEMBANGAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

           Pembangunan peringkat pertama telah tercapai apabila Negara mencapai kemerdekaan-iaitu bebas daripada penjajahan dan telunjuk penjajah.Pengisian kemerdekaan adalah dalam bentuk meningkatkan taraf hidup masyarakat, khususnya masyarakat luar bandar.

           Dasar dan perancangan pembangunan yang lebih sistematik ketara dalam zaman selepas merdeka-iaitu bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaya Kedua.

           Rancangan pembangunan negara dilakukan mengikut tahap-tahap (tahun) tertentu.Oleh sebab itu, nama rancangan pembangunan ialah Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang lazimnya disebut sebagai Rancangan Malaysia.



Latar Belakang Pembangunan Negara

Secara umumnya, sejarah perancangan pembangunan ekonomi Negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama, iaitu: 

  •  Perancangan zaman sebelum merdeka
  •   Perancangan zaman selepas merdeka
  •  Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

DASAR EKONOMI BARU


Dasar Ekonomi Baru (DEB)


     
     Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dalam tahun 1970 sebagai tindak balas atau reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969.

           Program-program pembangunan sejak merdeka belum dapat mengatasi perbezaan sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera, desa dengan bandar, negeri-negeri pantai barat dengan pantai timur dan negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.DEB diperkenalkan dan dilancarkan bagi tempoh 20 tahun (1971-1990).

           Dasar Ekonomi Baru adalah tercakup dalam RRJP1 (1970-1990).Matlamat DEB adalah serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat supaya aktiviti ekonomi tidak dikaitkan dengan mana-mana kaum atau keturunan.

           DEB merupaka satu strategi Negara dalam menghadapi realiti 'perbezaan etnik' dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan.Ia juga merupakan satu dasar yang mempunyai cabaran, pengorbanan dan iltizam yang memerlukan satu perubahan sikap atau mental semua penduduk di negara ini.

           Secara keseluruhannya, DEB telah berjaya membawa perubahan dalam tempoh dua puluh tahun ia dilaksanakan (1971-1990) sepanjang tempoh RRJP1.